Friday, 1 May 2009

This is for GAZA (Part 1)


GAZA Night Charity Concert
by HOTS Crew

Konsert amal yang boleh dikatakan konsert yang lebih kepada konsert mesra penonton sambil mengenangkan kepada rakyat Gaza yang malang. Konsert yang mesra penonton ini telah berjaya mengambil hati penonton apabila artis turun dari pentas sambil bersalaman dan menyanyi bersama-sama dengan penonton.

Penonton didalam seluruh dewan juga turut sama menyayi lagu dan artis pula rasa teruja dan terus berada dibawah pentas walau sampai habis lagu. Konsert yang mesra penonton ini juga turut sama-sama dijayakan bersama-sama pemimpin negara. Kehadiran Datuk Mukhriz Mahathir, Aman Malaysia.

Konsert yang mesra penonton dianjurkan oleh Kelab Sukan & Rekreasi Melayu, Pulau Pinang. Juga turut sama menjayakan konsert amal ini iatu penaja bersama PG Karisma Events dan G-Hotel. Kehadiran penonton kanak-kanak istimewa, anak-anak yatim, warga emas dan semua remaja muda-mudi sekaligus telah mengesahkan bahawa konsert amal ini adalah sebuah konsert yang mesra penonton dan sangat berjaya.

Menjadi satu pengharapan dimasa hadapan nanti agar Kelab Sukan & Rekreasi Melayu Pulau Pinang atau mana-mana badan Kelab atau Persatuan lain dapat menganjurkan lagi konsert-konsert amal seperti ini. Artis 'MC Mahathir' juga ada menyebut dengan mengatakan bahawa orang utara juga mampu mengadakan 'Konsert Amal' dan menjemput rakan-rakan Artis yang lain untuk datang bersama-sama menjayakannya di utara semenanjung. Konsert ini sudah berjaya mendekatkan Artis kepada penonton di utara. Turut sama menjayakan konsert amal pada hari itu adalam Mawi, Ahli Fikir, Stacy, Mc Mahathir, Mila dan KAMI. :)

Bersambung...



Article by HOTS Crew, Picture by Mr.C

5 comments:

Pok Li said...

Selamat beramal

Universal Squad said...

show yg best walaupun memenatkan...hehehe

crunchyahcock said...

say what???

Mak Su said...

semalam saya dok teringat-ingat tentang gaza.

Universal Squad POWERED by HOTS said...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Salam hormat kepada semua yang kami sayangi,

kami memohon, bacalah, bacalah doa Nabi Yunus A.S ini, dan pohonlah doa ini apabila kita berada didalam kebuntuan dan kesusahan. Kami sedang berada didalam kesukaran dan kesulitan.
Maka sama-sama pohonlah pertolongan
dari Allah SWT,

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
‘La ilaha illa anta Subhanaka inni kuntu minadz dzolimin’
Ertinya:
“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zhalim.”
(QuranSurah: Al-Anbiyaa’: 87).

Al-Fatihah.
(Untuk semua, baca sama-sama, InsyaAllah)
Bacalah, Doa ketika Nabi Yunus A.S terperangkap di dalam perut ikan nun (Paus)

Ketika Nabi Yunus A.S berada di dalam perut ikan nun (Paus),
maka dalam keadaan gelap (dalam perut ikan nun) ia berseru (doa):
“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau,
sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zhalim.”
(QuranSurah: Al-Anbiyaa’: 87).
Kemudian Allah SWT memerintahkan kepada ikan itu
supaya memuntahkan Nabi Yunus A.S
di daerah yang tandus.

Terima kasih.