Friday 1 May 2009

This is for GAZA (Part 1)


GAZA Night Charity Concert
by HOTS Crew

Konsert amal yang boleh dikatakan konsert yang lebih kepada konsert mesra penonton sambil mengenangkan kepada rakyat Gaza yang malang. Konsert yang mesra penonton ini telah berjaya mengambil hati penonton apabila artis turun dari pentas sambil bersalaman dan menyanyi bersama-sama dengan penonton.

Penonton didalam seluruh dewan juga turut sama menyayi lagu dan artis pula rasa teruja dan terus berada dibawah pentas walau sampai habis lagu. Konsert yang mesra penonton ini juga turut sama-sama dijayakan bersama-sama pemimpin negara. Kehadiran Datuk Mukhriz Mahathir, Aman Malaysia.

Konsert yang mesra penonton dianjurkan oleh Kelab Sukan & Rekreasi Melayu, Pulau Pinang. Juga turut sama menjayakan konsert amal ini iatu penaja bersama PG Karisma Events dan G-Hotel. Kehadiran penonton kanak-kanak istimewa, anak-anak yatim, warga emas dan semua remaja muda-mudi sekaligus telah mengesahkan bahawa konsert amal ini adalah sebuah konsert yang mesra penonton dan sangat berjaya.

Menjadi satu pengharapan dimasa hadapan nanti agar Kelab Sukan & Rekreasi Melayu Pulau Pinang atau mana-mana badan Kelab atau Persatuan lain dapat menganjurkan lagi konsert-konsert amal seperti ini. Artis 'MC Mahathir' juga ada menyebut dengan mengatakan bahawa orang utara juga mampu mengadakan 'Konsert Amal' dan menjemput rakan-rakan Artis yang lain untuk datang bersama-sama menjayakannya di utara semenanjung. Konsert ini sudah berjaya mendekatkan Artis kepada penonton di utara. Turut sama menjayakan konsert amal pada hari itu adalam Mawi, Ahli Fikir, Stacy, Mc Mahathir, Mila dan KAMI. :)

Bersambung...



Article by HOTS Crew, Picture by Mr.C